Wednesday 31 October 2012

Panggilan 'Orang Tua' oleh Tun Mustapha

Selepas Datu Paduka menentang British di Pulau Gaya, British membakar rumah dan memburu Datu Paduka, keluarga dan pengikutnya habis habisan sepanjang perkampungan di tepi pantai. Datu Paduka bukan penjenayah tetapi darah pahlawan yang mengalir ditubuhnya adalah untuk membela nasib rakyat. Tun Mustapha menggelarkannya sebagai perwira yang berjuang untuk bangsa. Suatu ketika Tun Mustapha mencarinya. Tanpa Tun sedar gelaran 'Orang Tua' yang selalu dipanggil dan bersamanya itu, sebenarnya ada Datu Paduka Mat Salleh. Ketika itu Tun mengenalinya sebagai seorang tua yang warak bernama Hj.Abdul Sallam. Panggilan manja Tun kepada Hj.Abdul Sallam adalah 'Orang Tua'. Kewarakkannya membuatkan anak-anak dan penduduk setempat menyebut " Tulah batu baru ku tulah" sebelum menyebut nama-nama Datu Paduka  adik beradik.

Sunday 28 October 2012

Terima Kasih Malaysia & Brunei

Kami rasa bersalah apabila  ramai orang mengakui mempunyai hubungan dengan Nenek Paduka. Oleh itu sudah sampai masanya kami mendedahkan siapa diri kami. Kami telah melanggar arus dan telah ingkar pesanan dari Nenek Paduka. Setahu saya nenek berpesan hingga ke anak cucu sahaja iaitu generasi pertama dan kedua. Kini telah sampai ke generasi ketiga dan tidak lama lagi kegenerasi keempat. Saya percaya kerajaan Malaysia akan memberikan keselamatan dan kesejahteraan terhadap kami sebagai menghargai sumbangan Nenek Paduka . "Tulah batu baru ku tulah"... kepada Allah jua kami berserah.

Terima kasih juga kepada Kerajaan Brunei kerana telah menemui keluarga kami beberapa kali dan seterusnya mendapat pengikhtirafan.  Semoga kerisauan dan pencarian ini berakhir dan memberi kesejahteraan kepada semua terutama kepada kerajaan Malaysia & Brunei.


Airmata Bapa ( Haim Bin DP.Hj.Abd Sallam )

 

Mengikut kad pengenalan bapa yang berbinkan DP.Abd Sallam, menjadi tanda tanya siapakah nenek ku yang sebenarnya.. Sehingga 2010 di hari mulia, bapa  mengeluarkan kata-kata tidak sengaja (terlepas cakap), katanya "kalau kamu mau  tau siapa nenek kamu, pigilah kamu tanya dengan pakcik Iderus di Tenom"  Bermodalkan kata-kata itu saya mulakan pencarian dengan berbual-bual dengan orang-orang lama. Ada juga beberapa orang dari generasi pertama iaitu sepupu sepupu bapa yang menegur saya supaya hentikan pencarian kerana takut diburu oleh kerajaan . " Kau ni janganlah begitu lagi, kita ni lawan kerajaan, nanti susah kita" saya jawab dengan sopan  " dulu tu kerajaan British sekarang ni kerajaan Malaysia" Akhirnya aku mendapat tahu bahawa akulah generasi ke-2 dari keturunan datu Paduka Mat Salleh.


Pada 13 Oktober 2012 yang lalu, bapa berusia 73 tahun, melinangkan air mata  dan perlahan-lahan mengusap wajahnya sambil berkata terketar-ketar "tulah batu baru aku tulah"... nafas panjang kedengaran dan selepas itu memulakan cerita kata bapa nenek kami  pernah berpesan  "  jangan kamu kasi tau  siapa kamu, siapa anak-anak kamu dan siapa cucu-cucu kamu yang kamu ini dari keturunan aku, terutamapanya kepada orang inggeris kerana orang inggeris itu tidak lurus ". Bapa pun berani bercerita tentang kehidupan mereka yang tidak banyak bersama nenek kerana nenek banyak menghabiskan masa dalam aktiviti berdakwah berlarutan hingga perang Jepun. Terakhir nenek membuat aktiviti dakwah di Benoni Papar dan menghembuskan nafas terakhir pada 1957 . 

"Hari ini jangan kamu tinggalkan rumah kerana tidak lama lagi aku akan pulang" kata nenek. Tetapi bapa keluar rumah juga pada masa itu. Bila bapa balik rumah, nenek sudah meninggal dunia. Nenek tidak sakit dan badannya masih kuat dan gagah pada ketika itu. AL-Fatihah semoga Datu Paduka ditempatkan dikalangan orang beriman... amin

Thursday 11 October 2012

Tun Mustapha menemui Hj.Idrus 1971

Tun Datu Mustapha merupakan anak angkat kepada Datu Paduka Mat Salleh. Sebagai tanda kenangan, Datu Paduka ada menghadiahkan sebilah parang kepada Tun Datu Mustapha.

Tun pernah berjumpa dengan keluarga kami pada tahun 1971.  Tun berhajat ingin memiliki alat kebesaran sepasang Selendang Kuning milik keluarga yang diwarisi dari Datu Paduka Mat Salleh. Tetapi pemegang amanah keluarga kami iaitu Hj.Idrus Bin Datu Paduka Hj.Abdul Sallam iaitu anak ketiga Datu Paduka Mat Salleh, tidak memberikan alat kebesaran tersebut hanya kerana Tun adalah anak angkat Datu Paduka Mat Salleh.

Monday 24 September 2012

DP.Abd Sallam adalah Mat Salleh


DP.Abd Sallam SEBENARNYA Datu Paduka Hj.Abdul Sallam yang terpaksa BERTUKAR NAMA demi menjaga keselamatan diri dan keluarganya selepas berita kematiannya diumumkan oleh pegawai British pada bulan 21 Januari 1900 di Tambunan . Menurut seorang kanan-kanak 12 tahun yang ada pada ketika itu menceritakan bahawa Mat Salleh masih hidup. Ketika itu selepas perang British mendesak mencari mayat Mat Salleh jadi kami tunjukkan seorang mayat daripada lima mayat itu adalah Mat Salleh berdasarkan tubuhnya yang hampir sama walaupun muka sudah tidak dikenali.British percaya yang ditunjukkan itu adalah Datu Paduka Muhammad  Salleh.


Milik siapakah wajah ini ?

Gambar : 1899 Tepi Sungai Tambunan bersama pegawai British
 
Lihatlah pada pakaian yang dipakainya dan bandingkan dengan laporan Cowie (wookey, 1956:422)
"Mat Salleh memakai topi keemasan, baju sulaman  dan berlengan panjang berwarna hijau "

Tambunan 1899

Gambar ini diambil di tepi sungai Tambunan 1899
bersama Mr Francis, Dr Conyngham and native
Mengikut catatan British, Datu Paduka pernah bergambar 1898 Perjanjian Damai di Tambunan
dan 1899 di Tambunan

Tidak Mati Di Tambunan


Wednesday 12 September 2012

Tugu Peringatan

TUGU PERINGATAN
KG. Tibabar Tambunan

PEDANG Datu Paduka Mat Salleh

Pedang Datu Paduka Mat Salleh
Oleh Arkib Negeri Sabah

BAJU Datu Paduka Muhammad Salleh

Baju Datu Paduka Mat Salleh
Oleh Arkib Negeri Sabah

Mencari Waris dari kaum dusun

Kami sedang menjejaki keluarga dari kaum dusun yang berasal dari Pekan Kinarut atau Tambunan. Iaitu keluarga dari Bonda Sitimah.  Sila hubungi saya di emel adieunion@gmail.com.

Tuesday 4 September 2012

Wasiat Sembunyikan Identiti

Mat Salleh pahlawan terbilang dan bukannya pemberontak Mat Salleh adalah Pahlawan Panglima Mahkota Paduka Muhammad Salleh ( Bendahara ). Dibunuh pada  tahun 1900 . Sebenarnya masih hidup dan menghilangkan diri lari ke Mekkah.  Kemudian muncul semula  dengan menggunakan nama Hj.Abdul Sallam sebagai pendakwa bebas dan pernah berjuang semula menentang Jepun .

Generasi kedua telah diwasiatkan supaya tidak mendedahkan identiti mereka kerana Datu Paduka dan keluarganya dalam buruan British. Saya sendiri mendapat wasiat itu semasa berusia 11 Tahun (1979) melalui nenek Noraisyah iaitu isteri kepada Datu Panglima Hj.Abdul Sallam. Katanya " Kita ini lawan kerajaan. Kalau bercakap jangan kuat-kuat nanti kena tangkap". " Nek kamu tu kebal pelurupun tidak masuk"."Kami pernah kena kejar. Kami lari berjalan kaki dari Sembulan ke Petagas, Putatan, Kinarut dan sampai papar. Makanan kami ubi saja."

Saya adalah generasi ketiga cucu kepada Datu Panglima Hj.Abdul Sallam. Berita kematian Datu Paduka Muhammad Salleh pada 1900 di Tambunan amat menyedihkan ahli keluarga. Datu Paduka ada meninggalkan wasiat supaya sembunyikan identiti kerana pada ketika itu Datu Paduka dan keluarganya menjadi buruan Cowie. Wasiat ini diberikan sebelum Datu Paduka bergerak ke Kinarut dan seterusnya Tambunan . Sebelum ke Tambunan Datu Paduka sembunyikan keluarganya di sebatang sungai pada 1898. Kini dikenali sebagai sungai Sembulan sejak tahun 1915.

Pada tahun 1920an hingga 1950an Datu Panglima Hj.Abdul Sallam dikenali sebagai Datu Paduka Muhammad Salleh kerana wajah dan tubuhnya yang mirip. 

Pendudukan pantai timur mendakwa bahawa Datu Paduka mempunyai seorang anak tunggal bernama Syed Bhuto. Hakikatnya Syed Bhuto atau Datu Panglima Syed Bhuto adalah adik kedua dari empat adik beradik.


Tun Mustapha pernah bertemu secara peribadi dengan Hj.Idrus Bin Hj.Abdul Sallam, untuk meminta alat kebesaran milik keluarga. Tetapi Hj Idrus tidak menyerahkannya kerana Hj.Idrus memberitahu bahawa alat itu adalah milik anak-anak Datu Paduka Muhammad Salleh @ Mat Salleh. Hj.Idrus merupakan 'Pemegang Amanah' dan dengan rendah diri memberitahu Tun bahawa Tun Mustapha adalah anak angkat Mat Salleh sahaja. Oleh itu sebagai tanda kenangan Tun Mustapha telah dihadiahkan sebilah parang oleh Mat Salleh.


Parang milik Mat Salleh telah dihadiahkan kepada Tun Mustapha sebagai tanda kenangan dan diberikan kepada Cowie sebagai tanda berdamai.