Sunday 28 October 2012

Airmata Bapa ( Haim Bin DP.Hj.Abd Sallam )

 

Mengikut kad pengenalan bapa yang berbinkan DP.Abd Sallam, menjadi tanda tanya siapakah nenek ku yang sebenarnya.. Sehingga 2010 di hari mulia, bapa  mengeluarkan kata-kata tidak sengaja (terlepas cakap), katanya "kalau kamu mau  tau siapa nenek kamu, pigilah kamu tanya dengan pakcik Iderus di Tenom"  Bermodalkan kata-kata itu saya mulakan pencarian dengan berbual-bual dengan orang-orang lama. Ada juga beberapa orang dari generasi pertama iaitu sepupu sepupu bapa yang menegur saya supaya hentikan pencarian kerana takut diburu oleh kerajaan . " Kau ni janganlah begitu lagi, kita ni lawan kerajaan, nanti susah kita" saya jawab dengan sopan  " dulu tu kerajaan British sekarang ni kerajaan Malaysia" Akhirnya aku mendapat tahu bahawa akulah generasi ke-2 dari keturunan datu Paduka Mat Salleh.


Pada 13 Oktober 2012 yang lalu, bapa berusia 73 tahun, melinangkan air mata  dan perlahan-lahan mengusap wajahnya sambil berkata terketar-ketar "tulah batu baru aku tulah"... nafas panjang kedengaran dan selepas itu memulakan cerita kata bapa nenek kami  pernah berpesan  "  jangan kamu kasi tau  siapa kamu, siapa anak-anak kamu dan siapa cucu-cucu kamu yang kamu ini dari keturunan aku, terutamapanya kepada orang inggeris kerana orang inggeris itu tidak lurus ". Bapa pun berani bercerita tentang kehidupan mereka yang tidak banyak bersama nenek kerana nenek banyak menghabiskan masa dalam aktiviti berdakwah berlarutan hingga perang Jepun. Terakhir nenek membuat aktiviti dakwah di Benoni Papar dan menghembuskan nafas terakhir pada 1957 . 

"Hari ini jangan kamu tinggalkan rumah kerana tidak lama lagi aku akan pulang" kata nenek. Tetapi bapa keluar rumah juga pada masa itu. Bila bapa balik rumah, nenek sudah meninggal dunia. Nenek tidak sakit dan badannya masih kuat dan gagah pada ketika itu. AL-Fatihah semoga Datu Paduka ditempatkan dikalangan orang beriman... amin

No comments:

Post a Comment