Tuesday 4 September 2012

Wasiat Sembunyikan Identiti

Mat Salleh pahlawan terbilang dan bukannya pemberontak Mat Salleh adalah Pahlawan Panglima Mahkota Paduka Muhammad Salleh ( Bendahara ). Dibunuh pada  tahun 1900 . Sebenarnya masih hidup dan menghilangkan diri lari ke Mekkah.  Kemudian muncul semula  dengan menggunakan nama Hj.Abdul Sallam sebagai pendakwa bebas dan pernah berjuang semula menentang Jepun .

Generasi kedua telah diwasiatkan supaya tidak mendedahkan identiti mereka kerana Datu Paduka dan keluarganya dalam buruan British. Saya sendiri mendapat wasiat itu semasa berusia 11 Tahun (1979) melalui nenek Noraisyah iaitu isteri kepada Datu Panglima Hj.Abdul Sallam. Katanya " Kita ini lawan kerajaan. Kalau bercakap jangan kuat-kuat nanti kena tangkap". " Nek kamu tu kebal pelurupun tidak masuk"."Kami pernah kena kejar. Kami lari berjalan kaki dari Sembulan ke Petagas, Putatan, Kinarut dan sampai papar. Makanan kami ubi saja."

Saya adalah generasi ketiga cucu kepada Datu Panglima Hj.Abdul Sallam. Berita kematian Datu Paduka Muhammad Salleh pada 1900 di Tambunan amat menyedihkan ahli keluarga. Datu Paduka ada meninggalkan wasiat supaya sembunyikan identiti kerana pada ketika itu Datu Paduka dan keluarganya menjadi buruan Cowie. Wasiat ini diberikan sebelum Datu Paduka bergerak ke Kinarut dan seterusnya Tambunan . Sebelum ke Tambunan Datu Paduka sembunyikan keluarganya di sebatang sungai pada 1898. Kini dikenali sebagai sungai Sembulan sejak tahun 1915.

Pada tahun 1920an hingga 1950an Datu Panglima Hj.Abdul Sallam dikenali sebagai Datu Paduka Muhammad Salleh kerana wajah dan tubuhnya yang mirip. 

Pendudukan pantai timur mendakwa bahawa Datu Paduka mempunyai seorang anak tunggal bernama Syed Bhuto. Hakikatnya Syed Bhuto atau Datu Panglima Syed Bhuto adalah adik kedua dari empat adik beradik.


Tun Mustapha pernah bertemu secara peribadi dengan Hj.Idrus Bin Hj.Abdul Sallam, untuk meminta alat kebesaran milik keluarga. Tetapi Hj Idrus tidak menyerahkannya kerana Hj.Idrus memberitahu bahawa alat itu adalah milik anak-anak Datu Paduka Muhammad Salleh @ Mat Salleh. Hj.Idrus merupakan 'Pemegang Amanah' dan dengan rendah diri memberitahu Tun bahawa Tun Mustapha adalah anak angkat Mat Salleh sahaja. Oleh itu sebagai tanda kenangan Tun Mustapha telah dihadiahkan sebilah parang oleh Mat Salleh.


Parang milik Mat Salleh telah dihadiahkan kepada Tun Mustapha sebagai tanda kenangan dan diberikan kepada Cowie sebagai tanda berdamai.

No comments:

Post a Comment