Wednesday 31 October 2012

Panggilan 'Orang Tua' oleh Tun Mustapha

Selepas Datu Paduka menentang British di Pulau Gaya, British membakar rumah dan memburu Datu Paduka, keluarga dan pengikutnya habis habisan sepanjang perkampungan di tepi pantai. Datu Paduka bukan penjenayah tetapi darah pahlawan yang mengalir ditubuhnya adalah untuk membela nasib rakyat. Tun Mustapha menggelarkannya sebagai perwira yang berjuang untuk bangsa. Suatu ketika Tun Mustapha mencarinya. Tanpa Tun sedar gelaran 'Orang Tua' yang selalu dipanggil dan bersamanya itu, sebenarnya ada Datu Paduka Mat Salleh. Ketika itu Tun mengenalinya sebagai seorang tua yang warak bernama Hj.Abdul Sallam. Panggilan manja Tun kepada Hj.Abdul Sallam adalah 'Orang Tua'. Kewarakkannya membuatkan anak-anak dan penduduk setempat menyebut " Tulah batu baru ku tulah" sebelum menyebut nama-nama Datu Paduka  adik beradik.

Sunday 28 October 2012

Terima Kasih Malaysia & Brunei

Kami rasa bersalah apabila  ramai orang mengakui mempunyai hubungan dengan Nenek Paduka. Oleh itu sudah sampai masanya kami mendedahkan siapa diri kami. Kami telah melanggar arus dan telah ingkar pesanan dari Nenek Paduka. Setahu saya nenek berpesan hingga ke anak cucu sahaja iaitu generasi pertama dan kedua. Kini telah sampai ke generasi ketiga dan tidak lama lagi kegenerasi keempat. Saya percaya kerajaan Malaysia akan memberikan keselamatan dan kesejahteraan terhadap kami sebagai menghargai sumbangan Nenek Paduka . "Tulah batu baru ku tulah"... kepada Allah jua kami berserah.

Terima kasih juga kepada Kerajaan Brunei kerana telah menemui keluarga kami beberapa kali dan seterusnya mendapat pengikhtirafan.  Semoga kerisauan dan pencarian ini berakhir dan memberi kesejahteraan kepada semua terutama kepada kerajaan Malaysia & Brunei.


Airmata Bapa ( Haim Bin DP.Hj.Abd Sallam )

 

Mengikut kad pengenalan bapa yang berbinkan DP.Abd Sallam, menjadi tanda tanya siapakah nenek ku yang sebenarnya.. Sehingga 2010 di hari mulia, bapa  mengeluarkan kata-kata tidak sengaja (terlepas cakap), katanya "kalau kamu mau  tau siapa nenek kamu, pigilah kamu tanya dengan pakcik Iderus di Tenom"  Bermodalkan kata-kata itu saya mulakan pencarian dengan berbual-bual dengan orang-orang lama. Ada juga beberapa orang dari generasi pertama iaitu sepupu sepupu bapa yang menegur saya supaya hentikan pencarian kerana takut diburu oleh kerajaan . " Kau ni janganlah begitu lagi, kita ni lawan kerajaan, nanti susah kita" saya jawab dengan sopan  " dulu tu kerajaan British sekarang ni kerajaan Malaysia" Akhirnya aku mendapat tahu bahawa akulah generasi ke-2 dari keturunan datu Paduka Mat Salleh.


Pada 13 Oktober 2012 yang lalu, bapa berusia 73 tahun, melinangkan air mata  dan perlahan-lahan mengusap wajahnya sambil berkata terketar-ketar "tulah batu baru aku tulah"... nafas panjang kedengaran dan selepas itu memulakan cerita kata bapa nenek kami  pernah berpesan  "  jangan kamu kasi tau  siapa kamu, siapa anak-anak kamu dan siapa cucu-cucu kamu yang kamu ini dari keturunan aku, terutamapanya kepada orang inggeris kerana orang inggeris itu tidak lurus ". Bapa pun berani bercerita tentang kehidupan mereka yang tidak banyak bersama nenek kerana nenek banyak menghabiskan masa dalam aktiviti berdakwah berlarutan hingga perang Jepun. Terakhir nenek membuat aktiviti dakwah di Benoni Papar dan menghembuskan nafas terakhir pada 1957 . 

"Hari ini jangan kamu tinggalkan rumah kerana tidak lama lagi aku akan pulang" kata nenek. Tetapi bapa keluar rumah juga pada masa itu. Bila bapa balik rumah, nenek sudah meninggal dunia. Nenek tidak sakit dan badannya masih kuat dan gagah pada ketika itu. AL-Fatihah semoga Datu Paduka ditempatkan dikalangan orang beriman... amin

Thursday 11 October 2012

Tun Mustapha menemui Hj.Idrus 1971

Tun Datu Mustapha merupakan anak angkat kepada Datu Paduka Mat Salleh. Sebagai tanda kenangan, Datu Paduka ada menghadiahkan sebilah parang kepada Tun Datu Mustapha.

Tun pernah berjumpa dengan keluarga kami pada tahun 1971.  Tun berhajat ingin memiliki alat kebesaran sepasang Selendang Kuning milik keluarga yang diwarisi dari Datu Paduka Mat Salleh. Tetapi pemegang amanah keluarga kami iaitu Hj.Idrus Bin Datu Paduka Hj.Abdul Sallam iaitu anak ketiga Datu Paduka Mat Salleh, tidak memberikan alat kebesaran tersebut hanya kerana Tun adalah anak angkat Datu Paduka Mat Salleh.